Keratan akhbar yang terpilih berkaitan dengan pakej perkahwinan, busana, pelamin dan semua yang berkaitan dengan perkahwinan. Dengan sedikit perkongsian dari media elektronik ini, harapnya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu tentang majlis perkahwinan buat bakal pengantin.
Memang tidak dinafikan, untuk menguruskan satu majlis perkahwinan memerlukan masa, pengorbanan masa dan keringat. Carian didalam internet adalah salah satu cara yang paling mudah untuk merealisasikan majlis impian bakal pengantin.
IRAS
Mingguan Malaysia 14 MAC 2010
Busana Pegantin Kontemporari
TAMPIL cantik, sopan dan kemas merupakan impian setiap pasangan pengantin. Ada yang inginkan sesuatu istimewa untuk majlis ijab kabul, resepsi dan persandingan. Tidak ketinggalan juga ingin memilih konsep moden seperti mengenakan gaun putih atau memakai kot. Namun, ada yang lebih selesa dengan songket atau sutera yang biasanya dijadikan pakaian tradisional sama ada oleh masyarakat keturunan Melayu, Cina atau India.
Penggunaan beberapa jenis fabrik seperti renda, sutera shantung, satin dan sifon sutera India kebiasaannya menjadi pilihan pakaian berkonsep kontemporari. Setiap fabrik pula punya fungsi yang tersendiri, misalnya kain sifon yang lembut sifatnya cukup sesuai untuk menghasilkan rekaan berjurai di bahagian tangan khususnya di hujung lengan. Sekiranya rona pakaian untuk majlis nikah masih tertumpu kepada putih dan kuning lembut, pemilihan warna untuk majlis bersanding dan bertandang pula berbeza. Ramai yang menggemari warna berunsur kelembutan dan tidak ketinggalan warna warna keemasan serta merah jambu. Memenuhi gaya semasa, pengantin lelaki boleh menggayakan baju Melayu dipadan dengan kot moden atau songket. Selain bertudung, wanita juga boleh membuat rambut sanggul supaya lebih kemas dan cantik.
No comments:
Post a Comment