Waktu Urusniaga:
Ahad – Khamis : 11.00 pg – 7.00 ptg
Jumaat – Sabtu : 8.00 pg – 4.00 ptg
ISNIN TUTUP

Iras Prestige Bridal,
173,Tingkat 1, Kompleks Sultan Abdul Hamid Fasa 2,
Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai),
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
Butik 0135084006
Pn Ira 0194164006 @ 0193685306

Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Mini Pelamin Pertunangan Baru

New Decoration by iRAS PRESTIGE
Tema Merah + Crystal


iRAs mencuba kelaianan dengan mengabungkan warna yang terang iaitu dusty roses dan dark red. Panel kedut in adalah hasil kreativiti terbaru kami. Insyaallah bermula lepas raya untuk bulan Sept hingga Dec, kami akan mencuba dekorasi-dekorasi terbaru.

Untuk musim cuti sekolah bulan 11 dan 12 kami masih ada kekosongan. Di harap bakal2 pengantin dapat menghubungi kami untuk maklumat lebih lanjut. dapatkan pakej2 hebat yang sedang kami jalankan untuk 2010 iaitu pakej mini pertunangan dan pakej dewan. satu penjimatan hebat yg kami tawarkan sempena dengan perpindahan kami kami ke new shop lot.







Terima kasih kepada semua yg telah memberi sokongan dan doakan kami agar diberi kekuatan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

iRAS PRESTIGE Alor Setar..

Sunday, August 8, 2010


PROMOSI UNTUK MAJLIS SEPT- DEC 2010 SHJ...TERHAD


MINI PELAMIN BERTUNANG / AKAD NIKAH

PAKEJ RM 350
1 Pelamin (Bantal) + Bunga Tangan


PAKEJ DEWAN RM 2200

1 Pelamin 3 Panel (KerusiRaja)
1 Pasang Pakaian L&P
1 Kali makeup, Aksesori asas pakaian
Red Carpet (Pintu Utama ke Pentas) Lighting Walkway Pintu Gerbang


Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami.

0194164006/0193685306 iRAS PRESTIGE

"by appointment only"


Wednesday, August 4, 2010

iRAS PRESTIGE @ Kompleks Sultan Abdul Hamid

by appointment only




173, Kompleks Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai)
Bersebelahan kedai tayar Falken, Petronas Jalan Pegawai dan Bank Islam.




Tuesday, May 18, 2010

Contoh Mini Pelamin


Promosi mini pelamin pertunangan dan juga untuk khatam Al-Quran akan dilanjutkan sepanjang tahun 2010. Tempahan akan di terima jika tidak bertindih dengan 'big event' dan tarikh yang terlalu sibuk.

Terima kasih kepada mereka yang telah menelefon /sms bertanyakan tentang mini pelamin ini. Promosi RM 300 sepanjang tahun 2010 sahaja.



Contoh mini pelamin RM300.

*Maaf gambar kurang kualiti sbb guna kamera digital biasa.

Saturday, May 15, 2010

Terima Kasih Semua


Terima kasih kepada semua yang telah mempercayai kami untuk membuat decoration pelamin, makeup, bilik tidur, meja makan beradab dan fotografi. Insyaallah kami akan memberi service yang terbaik untuk anda semua.

Untuk tahun 2010, tempahan telah diterima sehingga bulan DEC. Buat masa sekarang, kami hanya mengambil maksimum 2 job sehari untuk menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Ini adalah jamiman kami untuk menghasilkan service dan menghasilkan produk yang berkualiti.

Harga yang ditawarkan di iRAS amat berpatutan dan "everyone mampu". Memandangkan ada sambutan, RM300 mini pelamin akan terus ditawarkan sepanjang tahun 2010. Cepat sebelum terlambat.

Terima kasih juga kepada partner bisness kami iaitu Adie Andaman (makeup), picturesynicate.net (Ahmad) , Miey Photography dan Amin (lori). Juga tidak lupa kepada Prestige Art yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bisness butik pengantin. Juga tidak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam butik iRAS PRESTIGE. Doakan semoga kami suksess.

iRAS PRESTIGE boleh dihubungi melalui :
1. SMS/call 0194164006/0193685306
2. email to irasprestige@yahoo.com
3. http://irasprestige.fotopages.com atau http://irasprestige.blogspot.com
4. Facebook [irasprestige]


Makluman Kepada Bakal Pengantin


Salam semua pelawat blogspot iRAS PRESTIGE

Jika anda berminat dengan hasil kerja kami atau pertanyaan berkaitan dengan pakej,harga dan sebagainya, bolehlah email/ruangan comment kepada kami seperti berikut:
1) Tarikh majlis
2) Tempat majlis
3) Majlis (bertunang/akad nikah/bersanding/bertandang)
4) Warna tema

Insyaallah iRAS PRESTIGE akan cuba meralisasikan impian anda menjadi ratu dan raja sehari.

Friday, May 14, 2010

Bakal Pengantin iRAS 2010

Siti Amira

Tempat : Lorong Setia, Kuala Kedah

8 Mei : Bertunang

Pakej : Mini Pelamin


Aimi Baiduri Dr Shamsudin

Tempat : Taman Ria, Sg Petani.

4 June : Akad Nikah

5 June : Bersanding

Pakej : Bantal Nikah, Pelamin High Back Chair, Bilik Tidur


Kumutha Devi a/p Rajagopal (Indian Wedding)

Tempat : Tongkang Yard,Alor Setar.

6 June : Bersanding

Pakej : Mini Pelamin


Syazwana

Tempat : Taman Shahab, Alor Setar

5 June : Akad Nikah

6 June : Bersanding

Pakej : Pelamin Bench ,Bantal Nikah


Rozeli / Iqah

Tempat : Kg Gelam 2, Kota Sarang Semut

8 June : Majlis Berendoi

Pakej : Pelamin dan Endoi

Tema : Light Yellow and soft Orange


Noraniza / Hasni

Tempat : Taman Bersatu. Kuala Nerang

19 June : Bertunang

Pakej : Mini Pelamian

Tema : Turquoise Blue


Ikram Dato Azmi

Tempat : Villa Sri Azam, Taman Pulai JayaRia, Jln Langgar

19 June : Bersanding Majlis Bertandang

Pakej : High Back Chair, Bilik Tidur, Meja Makan, Arch

Tema : Pink + White


Nadzriah Othman

Tempat : Taman DarulAman Jaya (Belakang Yawata), Jitra

25 June : Potong Kek

26 June : Bersanding Majlis Bertandang

Pakej : High Back Chair, Fotografi

Tema : Royall Yellow


Effa (Mak Andam di Nilai)

Tempat : Shahab

17 July : Bersanding

Pakej : Pelamin 3 Panel High Back Chair (Outdoor)

Tema : Turquoise Blue


Farhani

Tempat : Taman Nuri,Datuk Kumbar, Alor Setar

10 Okt : Akad Nikah

4 Dec : Bersanding

Pakej : Bantal Nikah, High Back Chair, Bilik Tidur

Tema : Garden


Syed Hafiz / Siti

Tempat : Taman Seri Jerai 2, Gurun

20 Nov : Bersanding

Pakej : Pelamin 3 Panel High Back Chair, Meja Makan 16 pax

Tema : Black + White


22 Nov : Bersanding Majlis Bertandang

Pakej : Bench, Bilik Tidur, Meja Makan

Tema : Red + White

Saturday, April 10, 2010

Penaja Utama Malam Sinar Kegemilangan TM-UUM Sintok

























Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
Pn Ira 0194164006 @ 0193685306

"Kami menawarkan pakej untuk pelamin, baju pengantin, dekorasi, make-up dan fotografi dengan harga berpatutan"

Sunday, March 21, 2010

Putih Warna Keramat Raja Sehari

Utusan Malaysia 20 Jan 2010

PUTIH selalu dianggap sebagai warna yang melambangkan kesucian. Tidak hairanlah ramai pengantin yang memilih busana pengantin berwarna putih bagi dipakai pada hari bersejarah mereka.

Busana putih yang lazimnya dipilih untuk dikenakan pada saat acara paling penting dan bermakna iaitu akad nikah, seolah mewakili kesucian hati pengantin seiring akad yang diucapkan di hadapan hadirin.

Jika tidak pun putih keseluruhan, masih ramai yang memilih nuansa putih seperti warna krim, kuning cair, putih susu atau warna gading. Pokoknya, asalkan pada pandangan mata kasar, warna busana untuk hari yang akan kekal dalam sejarah itu adalah putih. Kalau ada pun hanya segelintir sahaja yang memilih warna-warna lain untuk hari pernikahan mereka.

Sehingga sekarang putih tetap pilihan utama di kalangan wanita sebagai pilihan warna untuk baju pengantin. Putih menjadi warna istimewa para pengantin wanita untuk tampil berbeza dan anggun di hari pernikahan.

Ia seolah-olah pernyataan bahawa warna putih adalah khas untuk pengantin sahaja dan tetamu pun tidak akan memakai baju berwarna sama.

Pada acara memotong kek perkahwinan atau pulut kuning bertingkat, sekali lagi pengantin perempuan memilih untuk memakai gaun pengantin putih.

Sesungguhnya gaun pengantin putih benar-benar menyerlahkan keanggunan pengantin kala berjalan di atas permaidani merah bersama pasangan menuju ke pentas untuk acara tersebut.

Sebenarnya bukanlah menjadi tradisi masyarakat Melayu di mana pengantin perempuan memakai gaun pengantin untuk acara memotong kek perkahwinan. Pada majlis perkahwinan dahulu, tidak ada pun acara memotong kek perkahwinan atau pengantin memakai gaun pengantin putih.

Acara ini sebetulnya ditiru daripada acara memotong kek perkahwinan oleh pasangan pengantin Inggeris. Mungkin untuk sekadar suka-suka sahaja sebelum berakhirnya majlis pada hari tersebut.

Catatan sejarah budaya menemukan bahawa sejak abad ke 14 di Eropah dan negara-negara Arab, gaun pengantin biasanya berwarna biru muda. Warna putih menjadi simbol kehormatan Perawan Maria bagi masyarakat Eropah dan lambang kesucian bagi masyarakat Arab.

Minat wanita kepada gaun pengantin berwarna putih bermula sejak abad ke 19. Gaun pengantin putih dipakai di hari perkahwinan Puteri Victoria dengan putera mahkota Jerman, Putera Frederick William dari Prusia pada tahun 1858.

Pada majlis perkahwinannya itu, Puteri Victoria mengenakan gaun putih yang mewah dan cantik yang menjadi impian setiap wanita untuk memakainya. Selepas itulah, semua pengantin perempuan memakai gaun berwarna putih pada hari perkahwinan.

Sekarang, mengenakan gaun pengantin putih bagi pengantin bukan hanya untuk pengantin yang tidak memakai tudung sahaja. Pengantin yang memakai tudung juga masih berpeluang memakai gaun pengantin putih.

Banyak butik pengantin pada masa kini yang menyediakan gaun pengantin putih lengkap dengan kerudung khusus bagi pengantin yang memakai tudung.

Gaun pengantin putih ini lebih sopan, berlengan panjang, tidak terdedah di bahagian dada dan dibuat daripada fabrik yang tidak jarang.

Bagi menambah keindahan gaun pengantin putih ini, kuntum-kuntum bunga daripada fabrik renda Perancis dijahit pada bahagian bawah gaun bersama manik putih atau mutiara tiruan.

Kerudung atau tudung yang cantik daripada kain renda Perancis dihiasi dengan manik dan kristal swarovski mengindahkan penampilan pengantin bertudung yang mengenakan gaun pengantin putih.

Rekaan gaun pengantin putih juga adalah pelbagai. Ada yang kembang seperti gaun yang dipakai di dewan tarian, mengikut ukuran badan atau yang berukuran A-line.

Dalam memilih gaun pengantin putih ini, pengantin juga harus pandai menyesuaikan dengan bentuk badan mereka. Bagi pengantin yang mempunyai tubuh gempal, jangan memilih gaun yang kembang kerana ini akan membuatkan anda nampak semakin berisi.

Paling sesuai, pilih gaun yang rekaannya lurus atau A-line yang menampakkan anda sedikit langsing. Sementara yang bertubuh langsing boleh memilih gaun kembang kerana dapat menyembunyikan tubuh yang tidak berisi.

Keratan Akhbar

Keratan akhbar yang terpilih berkaitan dengan pakej perkahwinan, busana, pelamin dan semua yang berkaitan dengan perkahwinan. Dengan sedikit perkongsian dari media elektronik ini, harapnya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu tentang majlis perkahwinan buat bakal pengantin.
Memang tidak dinafikan, untuk menguruskan satu majlis perkahwinan memerlukan masa, pengorbanan masa dan keringat. Carian didalam internet adalah salah satu cara yang paling mudah untuk merealisasikan majlis impian bakal pengantin.
IRAS


Mingguan Malaysia 14 MAC 2010

Busana Pegantin Kontemporari

TAMPIL cantik, sopan dan kemas merupakan impian setiap pasangan pengantin. Ada yang inginkan sesuatu istimewa untuk majlis ijab kabul, resepsi dan persandingan. Tidak ketinggalan juga ingin memilih konsep moden seperti mengenakan gaun putih atau memakai kot. Namun, ada yang lebih selesa dengan songket atau sutera yang biasanya dijadikan pakaian tradisional sama ada oleh masyarakat keturunan Melayu, Cina atau India.

Penggunaan beberapa jenis fabrik seperti renda, sutera shantung, satin dan sifon sutera India kebiasaannya menjadi pilihan pakaian berkonsep kontemporari. Setiap fabrik pula punya fungsi yang tersendiri, misalnya kain sifon yang lembut sifatnya cukup sesuai untuk menghasilkan rekaan berjurai di bahagian tangan khususnya di hujung lengan. Sekiranya rona pakaian untuk majlis nikah masih tertumpu kepada putih dan kuning lembut, pemilihan warna untuk majlis bersanding dan bertandang pula berbeza. Ramai yang menggemari warna berunsur kelembutan dan tidak ketinggalan warna warna keemasan serta merah jambu. Memenuhi gaya semasa, pengantin lelaki boleh menggayakan baju Melayu dipadan dengan kot moden atau songket. Selain bertudung, wanita juga boleh membuat rambut sanggul supaya lebih kemas dan cantik.

Thursday, February 18, 2010

Hasil Idea Iras Prestige Bridal

Setiap orang pasti akan berangan-angan untuk menjadi raja sehari bak putera dan puteri dalam majlis yang amat meriah dan romantis. Iras cuba merealisasikan majlis perkahwinan anda dengan penuh kegirangan dan rasa sempurna. Hari yang bahagia ini sama dikongsi kegembiraan dengan keluarga,sahabat handai dan para tetamu.
Setiap bakal mempelai pastinya inginkan yang terbaik untuk diberikan kepada tetamu.Iras cuba membantu anda merealisasikan majlis impian anda dengan dekorasi pelamin yang indah dan menarik serta busana yang akan memukau para tetamu.

Pakej

Pakej yang Iras tawarkan adalah amat berpatutan dan pakej yang mampu untuk semua orang. Kami sebenarnya lebih mengutamakan kemampuan anda dan megikut citarasa sendiri. Pakej boleh ditambah mengikut citarasa bakal mempelai berdasarkan kesesuaian majlis dan tema pilihanan.
Kami menyediakan pakej berkonsepkan ’win-win’ di mana anda bakal mendapat pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan dan kami dapat memberi kepuasan kepada pengantin di hari majlis itu nanti.

Pelamin

Pilihan warna putih dan kombinasi warna, dapat menampilkan suasana yang moden dan misteri dalam majlis perkahwinan. Garapan idea dan unik dan segar ini akan menambah seri pengantin.
Ilham Iras ini berkonsepkan kontemporari dan simple bakal mampu memukau pandangan. Gabungan panel kayu putih dan serlahan susunan bungaan akan membangkitkan pelamin dan menambahkan keserian pengantin Raja Sehari. Rona putih bersih di tambah dengan backdrop yang ekslusif dan elegan akan tampak menarik. Pelamin rekaan Iras bakal akan meninggalkan memori manis buat pasangan mempelai dan keluarga. Itulah impian kami buat untuk bakal mempelai semua.

Bunga

Gabungan artificial dan bunga plastik akan menampakkan kesegaran seperti penggunaan fresh flower. Paduan warna bungaan seperti ada ”chemistry” dengan pasangan mempelai.
Susunan bungan yang mampat ”trans sytem’ dan mengikut tema perkahwinan menampakkan kemewahan pelamin. Bunga yang diletakkan kiri dan kanan pelamin memberi mesej yang tepat. Kami tidak mengenahkan terlalu banyak hiasan, tetapi konsep hiasan bungaan sudah menampakkan pelamin yang ringkas dan amat menarik bakal membangkitkan singahsana yang indah dan sedap mata memandang.

Boleh berhubung dengan kami di:
Blog : http://irasprestige.blogspot.com/
http://irasprestige.fotopages.com/
email : irasprestige@yahoo.com

Waktu Urusniaga:
Ahad – Khamis : 4.00 ptg – 10.00 mlm
Jumaat – Sabtu : 10.00 pg – 9.00 mlm

Alamat Butik
Iras Prestige Bridal,
163,Taman Purnama 2,
Jalan Pegawai @ Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
Pn Ira 0194164006 @ 0193685306

"Kami menawarkan pakej untuk pelamin, baju pengantin, dekorasi, make-up dan fotografi dengan harga berpatutan"